Perut dan Makanan
Alhamdulillah hari ini Allah s.w.t. still berikan aku nafas untuk dihembuskan, mata untuk tengok matahari yang masih terbit macam biasa, dan segala nikmat yang kalau aku nak tulis kat sini pun macam x celuih saja. Uhm…anyway, Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan sebab aku dah dapat kesedaran untuk menulis blog ala-ala ilmuan yang ada la manfaat pada pendapat aku untuk diri aku, blog yang boleh aku tulis balik atau dengan kata lebih saintifik adalah hasil ilmu yang sudah aku siap proses dalam kepala otak aku hasil daripada kelas-kelas pengajian yang x seberapa banyak yang aku ikut di bumi Mesir ni. Sekurang-kurangnya dapat lah aku tengok apa yang aku dapat dan boleh lah jugak aku nak sumbangkan untuk masyarakat.
Sebelum ni pun dah banyak kali tok guru aku sebut supaya tulis lah blog ka apa ka, boleh la latih penulisan kita ni, kurang-kurang ada juga tempat nak siar, haha…kalau nak harap siar dalam surat khabaq pakai tunggu bulan jatuh lam telaga dulu la, so, bila dah ada blog ni, aku nak siar sampah pon x pa,except ada orang nak baca ka dak saja.
Oklah, berbalik pada tujuan sebenar. Semalam aku ada turun kelas Baba Adnan, tok guru daripada Pattani yang sekarang baru sahaja masuk Darul Ifta'. Sedikit pengenalan tentang tok guru aku yang sorang ni, beliau merupakan seorang tok guru yang sempoi, kalau x silap dulu mengaji pondok kat Pattani, pastu menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar cawangan Tanta dalam syu'bah syariah. Lepas tu Baba pun ambik kuliah usul pulak, sekarang ni dah tahun dua alhamdulillah, sama tahun macam midah member kesayangan yang selalu terlepas cakap. Hahaha… Baba banyak mengajar budak-budak melayu kat sini, baba mengajar kitab-kitab turath atau dengan kata lain kitab kuning. Dulu baba mengajar di Tanta katanya, dibawah kelolaan Majlis Tafaqquh Fiddin, bila dah sambung di Kaherah ni pulak, Baba mengajar di rumahnya dan beberapa rumah negeri lain seperti rumah Melaka, Penang, Negeri Sembilan dan tidak ketinggalan juga rumah Kedah. Semua atas jasa baik pegawai-pegawai Kedah yang pandai mengambil kesempatan yang ada untuk memanfaatkan tok guru-tok guru yang ada mesir ni. Terima Kasih. Baba alhamdulillah sudah mendirikan rumah tangga. Apa yang paling best pasal baba ni selain daripada ilmu yang ada di dadanya adalah baba memang pandai memasak. Baba reti buat cucuq dan macam-macam lagi. Selepas kenal dengan baba ni la baru aku ada kesempatan nak makan makanan-makanan thai yang best dan sedap. Baba juga rajin buat cucuq juai dan kalau ada bazaar baba x melepaskan peluang untuk mengambil tempat sekali. Apa-apa pon, baba ni memang saiko no sensei la! Laksam ka, laksa ka, mi sup ka, tomyam ka semua serah kat baba la. Kami pon dok tumpang nikmat jugak la buleh makan benda-benda best ni. Huhu…
Ok, berbalik kepada topik sekali lagi, semalam baba mengajar buku kitab Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib al-Indunisi. Kitab ni kitab tasawwuf yang sangat best dibaca sebagai tazkirah dan peringatan kepada kita manusia yang selalu sangat lupa ni. Dalam kitab ni, aku tertarik untuk mengulang kembali tentang sebuah hadis yang pada pandangan aku sesuai untuk golongan macam kita ni.
لا يقبل الله صلاة امرئ في جوفه حرام
Ertinya: Tiada menerima Allah s.a.w. akan sembahyang seseorang yang ada didalamnya perutnya yang haram.
Bila dah baca kita dah boleh faham la
Dalam kitab ni bukan saja sebut pasai makan benda haram saja,
Pertama: Banyak makan itu penyebab kepada keras hati.
Keras hati tu bukan keras hati haqiqi, maksud keras hati haqiqi tu pulak adalah kalau kita paham "makan banyak maka hati jadi keras macam batu ka macam keluli ka macam logam adamantium dalam cerita wolverine tu ka" bukan macam tu na. Keras hati di sini adalah keras hati majazi. Apabila kita makan benda haram, maka hati kita ni jadi keras. Payah nak terima teguran orang, payah nak terima ajaran orang. Kita dok berasa kita ja yang betui.
Kedua: Banyak makan itu membangkitkan anggota kepada perkara-perkara yang sia-sia dan kejahatan.
Ni sudah maklum la
Ketiga: Banyak makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab memberi sedikit kefahaman dan pengetahuan.
Bila seseorang ni makan banyak, dia kerja mengantuk saja, kerja nak tidoq saja, bila dah tidoq, time bila lagi nak mengaji? Takkan time mimpi kot? Kok kita ni macam Hassan al-Banna tak pa la jugak, mimpi ada tok guru mai mengajaq atas sampan. Tapi beliau tu bukan rajin makan sampai x dan mengaji, tapi beliau berjihad sampai x dan mengaji. Tapi kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian, jangan jadikan alasan jihad tu sebab hampa tak pi kuliah na! (khusus untuk pelajar mesir dan juga untuk diri sendiri) sebab sekarang ni tanggungjawab hampa adalah pi mengaji, ingat tujuan hampa masa mula-mula mai dulu. Mengaji sampai pandai, balik nanti hampa berjihad puas-puas. Ingat, masa muda ni otak masih fresh, kalau benda masuk kepala boleh goreng sampai masak. Bila tua-tua nanti malas dah nak mengaji. Waktu nak mengaji di sini singkat saja, bukan buleh dok lama-lama manfaatkan masa di sini. Perjalanan hampa masih jauh lagi. Pendek katanya, makan banyak ni otak tumpui la, sebab nanti kita malas nak berpikir dan malas nak buat semua benda sebab masa kita kenyang nanti aktiviti badan kita akan tumpu kepada nak proses makanan kita. Kalau kita makan sikit, tumpuan badan kita boleh disalirkan pada benda yang lain macam baca buku ka basuh baju ka tanam pokok ka. Mana lebih baik? Daripada makan banyak pastu tidoq banyak atau makan sikit tapi banyak benda boleh settled? Pikir-pikir sendiri, semua ada akal.
Keempat: Banyak makan itu sebab kepada sedikit ibadah.
Macam tadi gak, makan banyak mengantuk, last sekali x buat apa, tidoq ja gheja.
Kelima: Banyak makan itu menjadi sebab bagi ketiadaan sedap untuk mengerjakan ibadah.
Bila makan banyak, kadang-kadang jadi sakit perut, sebab silap makan, dengan laksa, kuitiau, mi, menatang sotong, ayam, itik, lembu semua dia sumbat. Pastu perut pon jadi pening. Bila perut pening maka sakit la perut. Bila sakit perut maka mood pon x dak, malas nak buat semua benda sebab perut x sedap. Nak solat pon x boleh lama-lama sebab tandas nun di
Keenam: Banyak makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang syubhah.
Apabila kita terlalu banyak makan, maka selera kita mungkin berubah, dah malas sental benda biasa, nak pulak
Ahsannya kita jauhi benda syubhah untuk menjaga hati kita. Apa-apa pon pikir sendiri.
Ketujuh: Makan banyak itu menyusahkan hati dan mempenatkan badan.
Bila dah makan banyak, maka banyak lah tempat yang kena dilawati untuk mendapatkan makanan. Kalau x dapat tu otak asyik terpikir-pikir saja. Nak tidoq pun x buleh, nak makan
Kelapan: Makan banyak itu sebab bagi bersangatan sakit mati.
Disini maksudnya kalau kita makan banyak, maka senang la dapat penyakit. Kencing manis la, obesity la, kencing masin la, gout la apa la. Bila dah sakit tu, kubuq asyik hantaq kat jemputan ja, rumah pulak dah menyampah tengok muka kita. Penyakit pulak silih berganti bersarang dalam perut. Ayaq gas toksah cakap la, nak dekat berapa kontena dah pernah lalu dalam ginjal tu. Ginjal pun dah mangli dah, dah tak larat nak tapis. Tak masuk pulak kalau yang selalu makan rokok. Jantung tu kalau dia boleh menjerit cuma tunggu nak tukaq syif saja, sebab dah penat dah. Jika seseorang itu sedap sangat dengan dunia, maka mati pun sakitlah dia, tetapi jika seseorang tu tak sedap sangat dengan dunia, nak mati nanti tak lah sakit sangat. Kot-kot tuhan bagi mati dalam sujud ka, dalam tidoq ka. Xdak la mati wayar dok cucuk
Kesembilan: Makan banyak tu mengurangkan pahala akhirat.
Sebab apa? Sebab pahala berkurang ni adalah rentetan daripada perkara-perkara tadi. Bila dah ibadah kurang, pahala nak dapat kok mana?
Kesepuluh: Banyak makan ni padanya hisab pada hari kiamat.
Mintak maaf, yang ni aku x dapat nak hurai. Mungkin ada sapa-sapa yang nak hurai, dipersilakan. Terima kasih.
Dalam hadis lain ada menyebut, sabda Rasulullah s.a.w.
Ertinya: "Orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut, memadai akan anak cucu adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya. Jika ada ia menuntut tambah dan tidak dapat maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga baki minuman dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas.
Kesimpulannya, makan biar berpada-pada sahaja. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu, sedap dimulut saja, tapi sakit diperut sapa nak tanggung? Diri sendiri jugak
Wassalam