Illuminati, the Bilderberg, Committee of 300.
Salam. Beberapa bulan yang lalu ketika aku sedang asyik tajawwul internet aku telah ditakdirkan untuk mendownload sebuah file pdf yang sekarang masih lagi ada dalam kotak simpanan harddisk aku. Peristiwa takdiran tuhan itu telah menyebabkan aku menjadi sengsara dan macam-macam lagi perasaan melanda jiwa apabila mengingatkan perancangan yang dirancang oleh puak-puak Yahudi. Bukan sekadar untuk merosakkan Islam sahaja, tetapi untuk merosakkan seluruh dunia. Dalam perancangan untuk membentuk dunia baru yang digelar THE NEW WORLD ORDER, bermacam perancangan telah dilaksanakan di seluruh dunia seperti peperangan demi peperangan, virus dan penyakit berjangkit, media massa yang menyebarkan fitnah dan helah-helah mereka dalam mengaburi mata masyarakat dunia kerana semuanya ditaja oleh penyumbang-penyumbang Yahudi bagi menjayakan the new world order.
Ketika menjelang tahun baru 2010, aku boleh dikatakan seperti ayam tercabut ekor apabila mengingatkan kembali apa yang telah aku baca berkenaan dengan perlaksanaan rancangan TNWO secara besar-besaran akan dilangsungkan bermula dengan tarikh 01.01.10. Ternampaknya kegabraan aku dan ketensyenan aku apabila aku tidak bersemangat untuk menghadiri kuliah kerana diserabutkan dengan pendedahan-pendedahan yang baru aku dapat (ternampak akan kebodohan aku dalam menangani masalah ini ketika itu). Kian hari aku sering berfikir, berfikir, dan berfikir mengenangkan apa ujian yang bakal menimpa umat dunia setelah tarikh tersebut.
Pernahkan kalian terbaca akan kenyataan 'terlihatnya UFO di beberapa sudut dunia' di dalam akhbar atau sebagainya. Aku sebenarnya pernah memikirkan wujudkah makhluk yang berakal selain manusia di alam semesta ini? Saat itu tangan aku ligat mencari maklumat-maklumat mengenai kewujudan UFO. Hasilnya memang memberangsangkan memandangkan aku mendapat maklumat bahawa kajian tentang UFO yang pernah dilakukan oleh pihak NASA yang satu ketika dahulu dirahsiakan kini semakin didedahkan dikhalayak umum. Kenampakan UFO di serata dunia menjadikan aku semakin keliru dengan bukti-bukti gambar yang ada kalanya nampak real dan ada kalanya nampak macam tipu. Kemudian aku terjumpa pula maklumat yang mengatakan sebenarnya UFO-UFO yang kelihatan itu bukanlah datang daripada dunia luar sendiri, tapi itu adalah hasil projek rahsia yang dijalankan oleh Amerika Syarikat yang kalau nak digelarkan mungkin rahsia umum kerana masih tidak mendapat pengakuan daripada Amerika Syarikat sendiri. Tetapi, bagaimana pula dengan gambar UFO-UFO yang dilaporkan mengelilingi matahari dalam jarak dekat yang saiznya dianggarkan lebih kurang SAIZ SEBUAH PLANET BUMI?! Pelbagai andaian dilakukan oleh pengkaji-pengkaji UFO berkenaan dengan penemuan ini. Aku pun sebenarnya memang pelik kerana jika benar UFO tersebut mengelilingi matahari dalam jarak dekat, Maha Suci Allah yang memberikan kebijakan kepada makhluknya, UFO tersebut tidak cair memandangkan suhu matahari yang terlalu panas sehinggakan kita dibumi yang berada berjuta-juta kilometer pun terasa bahangnya, inikan pula UFO tersebut.
Tidak kurang dengan itu juga, pendedahan beberapa pihak mengenai bekas timbalan perdana menteri Malaysia Anwar Ibrahim yang didakwa bersekongkol dengan Yahudi dengan penyertaannya menjadi ahli jemputan CFR ataupun Council of Foreign Relation yang merupakan badan bebas yang ditaja oleh penaja-penaja Yahudi. Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan beliau dalam beberapa video yang boleh dijumpai di dalam youtube yang mengelirukan.
Hmm….macam-macam.
Berkenaan dengan Bilderberg, ia adalah sebuah pertubuhan rahsia yang dianggotai oleh golongan-golongan berpengaruh dunia yang terdiri daripada ahli politik, ahli kewangan, kerabat diraja dan lain-lain lagi tokoh besar yang memang membawa pengaruh yang besar dalam sosial masyarakat. Pertubuhan ini dikatakan terlibat dalam perancangan the New World Order dan segala peristiwa-peristiwa besar dunia. Illuminati pula sepupu-sepapat dengan Bilderberg juga, tapi aku tak berapa pasti dengan Committee of 300, kalau tak silap aku sama jugalah dengan Illuminati dan Bilderberg.
Tapi apa yang aku pasti, ketika aku syaghal dengan maklumat-maklumat ini, aku sering teringatkan akan firman Allah yang berbunyi:-
"Wamakaru wamakarallah, wallahukhairul makirin"
Kamu merancang, Allah juga merancang, dan Allahlah perancang yang terbaik.
Kalau terjemahan tok guru aku pula, "kamu ingat kamu ni dah samseng dah dengan rancangan-rancangan jahat yang kamu lancarkan, tetapi ingat, sesamseng-samseng kamu, kalau nak dibandingkan dengan Allah, Allah boleh jadi lebih samseng daripada itu". Maksudnya lebih kurang macam ni lah, rancanglah betapa hebat pun rancangan nak merosakkan umat manusia dan sebagainya, perancangan Allah lebih agung daripada perancangan yang kamu lakukan. Kalau kamu nak merosakkan manusia seribu kali, ingat, Allahlah yang memberi keizinan untuk perancangan-perancangan itu berlaku supaya kamu menjadi semakin sesat dan bongkak dengan diri sendiri dan merasakan diri kamu lebih bagus. Tapi, Allah mampu untuk memberikan kerosakan kepada kamu berlipat kali ganda daripada apa yang telah kamu kerjakan.
Sesungguhnya aku sangat pasti bahawa golongan-golongan ini memang sangat pasti akan kekuasaan Allah memandangkan mereka membuat kajian tentang al-Quran dan as-sunnah dan mengenalinya lebih daripada mengenali anak-anak mereka sendiri seperti mana yang pernah disebutkan dalam surah al-Baqarah, tetapi kerana keangkuhan, kerana kesombongan dan hasil hasutan Iblis dan syaitan dalam menyeleweng maklumat dan kitab-kitab samawi serta kebenaran yang ada, aku hanya nampak golongan-golongan ini sebagai golongan GENIUS tetapi BODOH. Betullah firman Allah dalam banyak tempat di dalam al-Quran yang menyebut sesungguhnya orang kafir itu mengetahui, tetapi mereka tidak mahu mengakui, dan di hari kiamat nanti mereka akan terdiri daripada golongan-golongan yang menyesal.
Setakat ini sahaja yang mampu untuk aku tulis memandangkan pemahaman aku tentang benda-benda di atas tidaklah terlalu daqiq kalau hendak dibandingkan dengan pengkaji-pengkaji konspirasi dunia yang lain. Aku hanya mampu untuk membuka pintu masuk, aku pelawa kalian semua secara rambang sahaja, kalian sendiri yang perlu melakukan pencarian maklumat di dalam lautan maya maklumat yang luas ini.
Ya Allah yang Maha Pencipta, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun, sabitkanlah keimanan kami kepadamu, jauhkanlah kami daripada fitnah kubur, fitnah dunia dan akhirat, dan fitnah al-Masih ad-Dajjal… Wassalam.
No comments:
Post a Comment