Friday, 23 April 2010

Aku, ayah aku dan duit.


Aku, ayah aku dan duit.

Sejak kecik lagi aku memang sudah biasa pegang duit. Daripada duit sekupang (atau seposen) sehinggalah duit seratus. Masa kecik-kecik dulu, pantang ada duit dalam tangan macam2 benda aku boleh beli, guli la, wau la, anak patung kertas, dan macam2 lah benda2 alah yang aku rasa aku nak beli maka aku pon beli.
Masa aku tadika, bapak aku bagi aku ngan abang aku sorang 2kupang saja. Maklumlah, orang dah jamu makan kat tadika, watper nak bawak duit banyak2. Jadi duit dua kupang tu aku simpan tuk beli guli, kadang2 aku beli la ayaq menet masa dalam perjalanan balik tadika tu. Masa tu, sapa yang beli ayaq menet kira kaya la sebab ayaq menet harga 4 kupang. Hahaha, mcm poyo ja. Memandangkan aku zaman tu banyak bende sangat yang nak dibeli, maka aku terpaksa ikut fiq aulawiyat, apa yang paling penting prioritinya maka akan diletakkan dalam senarai yang teratas. Kalau musim tu musim main guli, tiap2 hari aku beli guli, sbbnya, aku slalu main guli dengan budak2 laki yang dah tua2, kompom aku kalah punya. Kalau main wau, wau aku slalu patah rangka dia. Kadang2 kalau nak save duit, aku buat sendiri. Mercun pulak aku jarang beli sbb aku x berapa suka sangat main mercun. Kadang2 bila aku rasa macam x cukup bajet ja, aku akan pow duit syiling dalam poket ayah aku. Aku rasa ayah aku x perasan kot sebab syiling dalam poket suar dia banyak sangat. Kalau dia perasan pun, aku rasa dia halalkan aja kot. Huhuh…husnuzzon.
Aku paling suka bila sampai hari raya sebab kalau hari raya bapak aku selalu bagi duit raya banyak2. Dekat kawasan rumah aku masa tu, kira ayah aku orang yang paling banyak bagi duit raya dekat anak dia sebab masa aku darjah 1 pun pagi2 buta aku salam dengan ayah aku ja aku dah dapat rm20 ringgit. Kalau jiran2 aku dapat la dalam 2 3ringgit. Bangga aku. Bila dapat duit tu, macam2 benda aku dah bayang nak beli. Bila besaq sikit, maka makin banyak lah duit raya yang aku dapat daripada ayah aku. Paling banyak ayah aku bagi adalah sorang 50rm. Bila dah besaq sikit, aku memang dah malas nak gi raya mana2, kadang2 aku dok rumah pon dah dapat banyak. Berbanding dengan kawan2 aku yang pegi rasa sampai sungai lalang. Dapat seratus pon kira cukup banyak dah tu. Aku teringat lagi masa dulu, aku bila dapat duit raya, nak kata sayang nak mampus dengan duit raya tu, aku sampai iron duit tu bg keras balik. Bendul x bendul hampa pikiaq sendiri. Huhuhu...
Bila aku dah berada beberapa ribu kilometer daripada rumah ni, ayah aku la yang support aku. Aku x mintak pinjaman pon sebab mak aku x bg. Alhamdulillah aku dapat zakat tiap2 tahun. Kalau ayah aku talipon, ayah aku selalu tanya soalan yang sama, duit ada lagi dak? Exam hang bila? Hang cuti bila? Hang x pi mana-mana ka cuti ni?. Seribu kali ayah aku talipon, seribu kali la soklan tu ayah aku tanya. Ayah aku selalu talipon aku awal bulan, aku pon kadang2 tak larat nak jawab sebab soalan yang sama ditanya. TAPI memandangkan aku ni anak yang baik, aku akan jawab jugak walaupun aku dah boring nak jawab soalan tu. KADANG-kadang aku rasa serba salah sebab aku ni hanya talipon ayah aku time aku dah pokai je. Bila duit dalam tangan tinggal 2 3 genih, baru aku talipon suruh ayah aku masuk duit. Kalau ada duit, aku x pulak talipon. Bukan apa, ada sekali tu aku saja-saja talipon ayah aku sebab ada seminggu tu ayah aku talipon aku dekat 3 kali, tanya khabar dan macam2 lagi lah soalan yang releven ditanya oleh bapaknya kepada anaknya yang berada di oversea. JADI aku pon mengambil keputusan untuk menalipon ayah aku menggunakan komputer memandangkan kalau tepon pakai tenet murah lagi. Malangnya, bila aku talipon, bapak aku marah aku pulak, katenye, ya? Ada apa? Pesepa talipon? Kalau x dak urusan lain kali x payah talipon! Padahal niat aku adalah untuk meringankan beban ayah aku sebab ayah aku selalu sangat tepon aku, bukan seminit dua, kadang2 sekali talipon 3o menet. Bukan murah tu. Disitu, walaupun aku berasa sedih kerana aku kena marah dengan ayah aku, tapi aku nampak betapa ayah aku x mau aku ni hidup susah. Biarlah dia yang berhabis duit, asal aku tidak papa disini. Aish... feeling betui laaaa....
Bila tiba musim pameran buku, aku pun mintak duit dekat ayah aku, aku sebenaqnya malu nak mintak duit kat ayah aku sebab aku ni rajin sangat mintak duit. Tapi ayah aku memang selalu pesan dan selalu marah aku, ayah aku kata, kalau xdak duit, habaq kat dia terus, jangan dok pinjam duit kat orang, ayah aku memang x bg pinjam duit kat orang. Aku berasa sangat berbangga mempunyai ayah yang macam ni. Tapi dengan syaratnya, penggunaan duit aku ni memang ketat lah. Ketat tu maksudnya, setiap sen duit yang aku guna aku akan laporkan dekat ayah aku. Kadang2 aku nak pi melepak pun aku report kat ayah aku. Member2 aku ada ja yang pi buat x reti, kadang2 pi rahsia2 tanpa habaq kat mak bapak depa kalau depa nak pi bercuti contoh macam pi alex ka matroh ka mana2 ka. Tapi aku ni lain, aku kena report, kalau tidak mesti ayah aku tanya, awat duit habih cepat sangat? Kalau aku xdak alasan, maka alamat aku x dapat duitlah jawapnya...huhuhu... Walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan habaq jugak dekat ayah aku, selalunya aku pi dulu, bila duit dah habis barulah aku talipon habaq, ayah, ayah buh duit buleh dak? Duit kami habih dah laa... nak x nak ayah aku pon bubuh la duit, sebab aku ni antara anak kesayangan dia. Xkan dia nak biaq aku mati kering kat mesir ni. Huhuhu... Kalau aku habaq awal2, nanti takut2 ayah aku x bg pi pulak kan...
Aku ingat lagi zaman aku sekolah tadika dulu, masa aku xdak adik lagi. Ayah aku selalu bawak aku jalan2 petang2 naik moto vespa dia pi round keliling kampung tengok bendang, tengok orang tangkap ikan, tengok orang boh ayaq dalam bendang dan macam2 lagi. Daripada situlah aku hukum bahawa aku ni antara anak kesayangan ayah aku. Tetapi aku kecewa bila aku aku ada adik, ayah aku dah x bawak aku naik vespa dah petang2. Aku hanya dibiarkan bermain guli dengan kawan2 aku. Tempat aku kat depan motor vespa itu diisi pulak oleh adik2 aku yang dua ekor itu. Huhuhu...
Sampai sini sajalah...sekian...aku dah malas nak tulis nostalgia zaman silam... Nak pi makan kenduri rumah baba nan pulak ni...huhuhu

Monday, 12 April 2010

Hadis Tentang Kiamat


Assalamualaikum…
Disini ada dua potong hadis untuk dikongsi bersama-sama…

Muqatil bin Sulaiman berkata, "Pada hari Kiamat, seluruh makhluk berdiri 100 tahun tanpa bicara, 100 tahun lagi bingung dalam kegelapan, 100 tahun lgi saling bertengkar di hadapan TUHANnya. Sungguh lama hari kiamat itu 50 puluh ribu tahun. Namun org mukmin yg beriman hanya melaluinya seperti dlm solat wajib yg sebentar saja."

RasuLULLAH saw bersabda: "Belum berhenti langkah seorang sebelum ia ditanya tentang 4 hal; Tentang umurnya untk apa dia habiskan, tentang jasadnya untk apa dia rosakkan, tentang ilmunya untk apa dia amalkan dan tentang hartanya dari mana dia dapat dan untk apa dia gunakan."

YA HASIB, YA SALAM, berikan kami syafaatMU, Ampuni dosa-dosa kami, selamatkanlah kami daripada nerakaMU.

Copy daripada YM

Wassalam…

Tuesday, 6 April 2010

Halia untuk Hidup



Halia Untuk Hidup

Assalamualaikum….Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menulis lagi hari ini. Daripada pagi tadi sampailah maghrib aku mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Sebab apa? Sebab angin naik kekepala! Huhu… memang sengsara. Aku posa sedangkan sendawa selalu, macam orang x posa ja. Sedangkan soq aka sahur langsung aku tak makan.
Dalam perjalanan balik daripada kuliah setelah melalui kelas qadaya yang berlangsung daripada pukul 9-12 non-stop, aku mengambik keputusan untuk bertenggek di kedai Ator sebelah CC Nic Nic, dengan harapan nak beli serbuk halia. Sebab member junior aku pernah cakap kalau nak bagi hilang angin atau dalam kata lainnya relieve gas maka eloklah minum ayaq halia. Maka aku pon dengan penuh pengharapan dan pasrah membeli serbuk halia tiga genih. Dapat la dalam 3/4 cawan.
Malam tu lepas buka posa dan pekena ayaq Nescafe secawan (aku xtau la baguih ka dak makan ayaq Nescafe ni kalau angin sebab depa kata kalau minum Nescafe anginnya lagi teruk daripada minum ayaq teh), maka aku pon sambil tunggu nasik masak aku pi bancuh ayaq halia. Aku cedok dalam suku sudu serbuk halia dan bubuh ayaq panas dalam 3/4 cawan. Kemudia aku bubuh gula sikit untuk penyedap rasa (senior aku suh bubuh) supaya xdak la rasa xboleh blah kalau makan satgi. Kemudian bila dah siap masuk semua bahan2 maka aku pon kacau la, then aku tapis serbuk halia tu, takut nanti lekat dekat buah pinggang pulak. HUhu… bila aku minum…Mak AiiihhhhhHHH!! Memang pedaih nak mampuih! Rasa macam nak give up ja. Kemudian aku pi mintak madu sikit kat member aku untuk menyedapkan rasa. Alhamulillah ok lah skit, tp still pedaih… sambil tunggu kesan halia tu, aku pon search la dalam website dengan kata kunci "Ginger for your health" . Ni antara apa yang aku jumpa:-

Halia aka nama saintifiknya Zingiber Officinale selalunya dijumpai kat kawasan tropika.
Memang faymes halia ni digunakan dalam bahan masakan dan sebagai minuman. Penggunaan halia dalam perubatan tradisional pulak sejak zaman purba lagi dah orang praktikkan. Antara kebaikan halia:-
Oktober 2003, pakar dalam kajian kanser di US mengatakan halia ngan teh hijau boleh digunakan sebagai resepi tambahan untuk menghalang kanser.
Ayaq halia leh tolong kita nak lawan selsema aka flu dan bagi badan kita sentiasa fresh masa kita tengah stress.
Resepi tradisional cina jugak guna halia sebagai sokongan proses menyembuhkan badan contoh kalau lepas beranak. Halia dimasukkan dalam sup ayam untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Halia merangsang perembesan hormone adrenalina, meluaskan pembuluh darah dan menyebabkan senang untuk jantung mengepam darah. Gingerol alam halia boleh mengelakkan daripada berlakunya penggumpalan darah yang secara tak langsung menggurangkan risiko stroke dan serangan jantung selain dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.
Halia baik untuk penghadaman dan menganungi enzim yang berguna seperti protease dan lipase dimana kedua-dua enzim ini diperlukan untuk mencerna protein dan lemak.
Dan fakta yang paling best bagi aku dalam banyak2 fakta diatas adalah halia dapat mengelakkan daripada berlaku loya2 aka nausea iaitu perasaan rasa nak muntah. Leh halang daripada jadi mabuk kereta, mabuk lauk, mabuk kapai terbang (mabuk arak gua xtau deyhh). Halia gak leh mengurangkan sakit kepala dan migraine.
Kesimpulannya. Halia baik untuk hidup!

Friday, 2 April 2010

Hadis



Assalamualaikum... Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan untuk membukak ym. Nak dekat berapa hari dah x buka ym ni, aku pun memang tergolong dalam kategori malas tahap gaban untuk membuka ym kerana aku memang malas nak buka ym. Tadi bila aku buka ym tetiba ada offline message yang Kak Intan hantaq. Bacalah hadis ni dan marilah sama-sama kita insaf.... wassalam


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)

Sunday, 28 March 2010

Perut dan makanan









Perut dan Makanan

Alhamdulillah hari ini Allah s.w.t. still berikan aku nafas untuk dihembuskan, mata untuk tengok matahari yang masih terbit macam biasa, dan segala nikmat yang kalau aku nak tulis kat sini pun macam x celuih saja. Uhm…anyway, Alhamdulillah sekali lagi aku ucapkan sebab aku dah dapat kesedaran untuk menulis blog ala-ala ilmuan yang ada la manfaat pada pendapat aku untuk diri aku, blog yang boleh aku tulis balik atau dengan kata lebih saintifik adalah hasil ilmu yang sudah aku siap proses dalam kepala otak aku hasil daripada kelas-kelas pengajian yang x seberapa banyak yang aku ikut di bumi Mesir ni. Sekurang-kurangnya dapat lah aku tengok apa yang aku dapat dan boleh lah jugak aku nak sumbangkan untuk masyarakat.

Sebelum ni pun dah banyak kali tok guru aku sebut supaya tulis lah blog ka apa ka, boleh la latih penulisan kita ni, kurang-kurang ada juga tempat nak siar, haha…kalau nak harap siar dalam surat khabaq pakai tunggu bulan jatuh lam telaga dulu la, so, bila dah ada blog ni, aku nak siar sampah pon x pa,except ada orang nak baca ka dak saja.

Oklah, berbalik pada tujuan sebenar. Semalam aku ada turun kelas Baba Adnan, tok guru daripada Pattani yang sekarang baru sahaja masuk Darul Ifta'. Sedikit pengenalan tentang tok guru aku yang sorang ni, beliau merupakan seorang tok guru yang sempoi, kalau x silap dulu mengaji pondok kat Pattani, pastu menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar cawangan Tanta dalam syu'bah syariah. Lepas tu Baba pun ambik kuliah usul pulak, sekarang ni dah tahun dua alhamdulillah, sama tahun macam midah member kesayangan yang selalu terlepas cakap. Hahaha… Baba banyak mengajar budak-budak melayu kat sini, baba mengajar kitab-kitab turath atau dengan kata lain kitab kuning. Dulu baba mengajar di Tanta katanya, dibawah kelolaan Majlis Tafaqquh Fiddin, bila dah sambung di Kaherah ni pulak, Baba mengajar di rumahnya dan beberapa rumah negeri lain seperti rumah Melaka, Penang, Negeri Sembilan dan tidak ketinggalan juga rumah Kedah. Semua atas jasa baik pegawai-pegawai Kedah yang pandai mengambil kesempatan yang ada untuk memanfaatkan tok guru-tok guru yang ada mesir ni. Terima Kasih. Baba alhamdulillah sudah mendirikan rumah tangga. Apa yang paling best pasal baba ni selain daripada ilmu yang ada di dadanya adalah baba memang pandai memasak. Baba reti buat cucuq dan macam-macam lagi. Selepas kenal dengan baba ni la baru aku ada kesempatan nak makan makanan-makanan thai yang best dan sedap. Baba juga rajin buat cucuq juai dan kalau ada bazaar baba x melepaskan peluang untuk mengambil tempat sekali. Apa-apa pon, baba ni memang saiko no sensei la! Laksam ka, laksa ka, mi sup ka, tomyam ka semua serah kat baba la. Kami pon dok tumpang nikmat jugak la buleh makan benda-benda best ni. Huhu…

Ok, berbalik kepada topik sekali lagi, semalam baba mengajar buku kitab Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib al-Indunisi. Kitab ni kitab tasawwuf yang sangat best dibaca sebagai tazkirah dan peringatan kepada kita manusia yang selalu sangat lupa ni. Dalam kitab ni, aku tertarik untuk mengulang kembali tentang sebuah hadis yang pada pandangan aku sesuai untuk golongan macam kita ni.

لا يقبل الله صلاة امرئ في جوفه حرام

Ertinya: Tiada menerima Allah s.a.w. akan sembahyang seseorang yang ada didalamnya perutnya yang haram.

Bila dah baca kita dah boleh faham la kan, kalau kita makan bebenda haram, maka sembahyang kita ni tuhan tak terima. Duit yang kita dapat daripada jalan-jalan haram, contohnya, curi, riba, pow duit orang dengan sekat jalan dan paksa suruh orang tu bagi duit, tu haram tu, walaupun kita kata orang tu bagi sendiri, memang la dia bagi sendiri, tapi kalau dah letak pisau kat perut, kalau dah ugut nak koyak baju ka nak buat apa ka, x ka tu dapat dengan cara haram? Naya orang tu. Kesian kat dia, dok buat zalim kat dia pasai pa? Pada masa yang sama dok buat zalim kat diri sendiri jugak, tak pasai-pasai masuk neraka. Masa zaman sekolah-sekolah dulu selalu la ada samseng-samseng yang dok pow duit orang ni, pow sebab nak bagi ada duit lebih, boleh la nanti pi dok lepak kok pekan main snooker ka billiard ka atau yang sewaktu dengannya. So, kepada sesapa yang pernah pow duit orang, cepat-cepatlah bertaubat. Mintak maaf dekat victim tu, sebab tu kesalahan kita dengan manusia. Panjang pulak menghurai bab pow ni saja.

Dalam kitab ni bukan saja sebut pasai makan benda haram saja, Ada juga disebut tentang bersangatan kenyang. Apabila kita makan kenyang ni, maka banyaklah benda yang mulhaq atau kesan-kesan buruk yang datang dengannya. Telah disebut sepuluh perkara dalam kitab ni:-

Pertama: Banyak makan itu penyebab kepada keras hati.

Keras hati tu bukan keras hati haqiqi, maksud keras hati haqiqi tu pulak adalah kalau kita paham "makan banyak maka hati jadi keras macam batu ka macam keluli ka macam logam adamantium dalam cerita wolverine tu ka" bukan macam tu na. Keras hati di sini adalah keras hati majazi. Apabila kita makan benda haram, maka hati kita ni jadi keras. Payah nak terima teguran orang, payah nak terima ajaran orang. Kita dok berasa kita ja yang betui. Cuba kawan-kawan pembaca tilik balik, mungkin ada benda yang kita makan tu menyebabkan kita jadi keras hati tanpa kita tak sedaq. Orang tegoq gheja nak marah ja, x buleh terima, pantang tok nenek moyang orang tegoq la apa la. Tu tandanya dah ada titik hitam dalam hati kita, tambah kalau-kalau yang dah tua bangka, bukan ada titik ja, mungkin hati semua dah jadi hitam, sebab dah hidup lama, nauzubillah. Hat muda-muda pun cepat-cepatlah bertaubat. Astaghfirullahalazim….

Kedua: Banyak makan itu membangkitkan anggota kepada perkara-perkara yang sia-sia dan kejahatan.

Ni sudah maklum la kan. Kalau dah banyak makan tu, maka badan pun malas nak beribadah, malas nak baca quran, malas nak pi sekolah atau kuliah, malas nak buat macam-macam la. Tapi bila orang ajak keluaq lepak-lepak ka, main game ka, mengorat awek ka, laju pulak bangun. Ha… kan dak kena batang hidung sendiri. Biasa la, sebagai peringatan, manusia ni tidak sunyi daripada kesilapan.

Ketiga: Banyak makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab memberi sedikit kefahaman dan pengetahuan.

Ada jugak manusia yang tak sayang mulut, selalu saja terlepas cakap "hang ni makan banyak, sebab tu bodo macam lembu". Memang sadis kepada sapa-sapa yang pernah menerima kata-kata macam ni, tapi memang ada kebenaran juga di sebalik kata-kata ni. Cuma ni orang panggil cara tegur x berapa berhikmah la, sebab terlalu menusuk jantung. Nasib baik la disamakan dengan lembu, kalau dengan *&^%$%, lagi teruk la kan.

Bila seseorang ni makan banyak, dia kerja mengantuk saja, kerja nak tidoq saja, bila dah tidoq, time bila lagi nak mengaji? Takkan time mimpi kot? Kok kita ni macam Hassan al-Banna tak pa la jugak, mimpi ada tok guru mai mengajaq atas sampan. Tapi beliau tu bukan rajin makan sampai x dan mengaji, tapi beliau berjihad sampai x dan mengaji. Tapi kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian, jangan jadikan alasan jihad tu sebab hampa tak pi kuliah na! (khusus untuk pelajar mesir dan juga untuk diri sendiri) sebab sekarang ni tanggungjawab hampa adalah pi mengaji, ingat tujuan hampa masa mula-mula mai dulu. Mengaji sampai pandai, balik nanti hampa berjihad puas-puas. Ingat, masa muda ni otak masih fresh, kalau benda masuk kepala boleh goreng sampai masak. Bila tua-tua nanti malas dah nak mengaji. Waktu nak mengaji di sini singkat saja, bukan buleh dok lama-lama manfaatkan masa di sini. Perjalanan hampa masih jauh lagi. Pendek katanya, makan banyak ni otak tumpui la, sebab nanti kita malas nak berpikir dan malas nak buat semua benda sebab masa kita kenyang nanti aktiviti badan kita akan tumpu kepada nak proses makanan kita. Kalau kita makan sikit, tumpuan badan kita boleh disalirkan pada benda yang lain macam baca buku ka basuh baju ka tanam pokok ka. Mana lebih baik? Daripada makan banyak pastu tidoq banyak atau makan sikit tapi banyak benda boleh settled? Pikir-pikir sendiri, semua ada akal.

Keempat: Banyak makan itu sebab kepada sedikit ibadah.

Macam tadi gak, makan banyak mengantuk, last sekali x buat apa, tidoq ja gheja.

Kelima: Banyak makan itu menjadi sebab bagi ketiadaan sedap untuk mengerjakan ibadah.

Bila makan banyak, kadang-kadang jadi sakit perut, sebab silap makan, dengan laksa, kuitiau, mi, menatang sotong, ayam, itik, lembu semua dia sumbat. Pastu perut pon jadi pening. Bila perut pening maka sakit la perut. Bila sakit perut maka mood pon x dak, malas nak buat semua benda sebab perut x sedap. Nak solat pon x boleh lama-lama sebab tandas nun di sana tengah melambai-lambai. Silap hari bulan angin lebih keluaq masa ruku'. Macam mana nak dapat kesedapan beribadah kalau macam ni jadinya? Nak qiamullail pun payah sebab mata berat sebab terlalu kenyang, kok qiamullail macam ayam patuk ja. Last2 orang berdiri dia pulak wafat dalam sujud.

Keenam: Banyak makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang syubhah.

Apabila kita terlalu banyak makan, maka selera kita mungkin berubah, dah malas sental benda biasa, nak pulak cuba benda luar biasa, kononnya variety is important. Huhu… macam tu lah alasan orang-orang zaman sekarang. Bila dah macam tu, benda-benda yang pelik-pelik pun nak dicuba. Kononnya dah jemu makan lembu ngan ayam, nak juga cuba makan beruk-beruk dan pokka-pokka di hutan tu. Dengaq kata sedap. Tambah-tambah kalau pi Thailand ka mana-mana, menatang biawak, kala jengking, khinzir pun buleh jadi kerja. Eksotik katanya, ada jugak yang makan janin. Hish…manusia makin lama jadi kanibal. Mungkin ada kena adik- beradik dengan makhluk-makhluk asli dekat Fiji nuh yang suka makan orang. Tu untuk benda-benda haram, benda syubhah jangan kata la, banyak sangat la zaman ni. Nak makan pun rasa macam takut dah. Tak tau menatang apa yang depa campuq dalam makanan tu. Benda syubhah ni benda yang kabur-kabur diantara halal dan haram. Contohnya kita x yakin status sesuatu benda tu, sama ada benda tu halal atau sebaliknya. Bahan mentahnya pun kita masih samara-samar, macam-macam khabar angina sangat yang didengarnya tentang benda tu. Jadi, sebelum dapat bukti yang lebih kukuh, jangan cari pasal. Semata-mata nak puaskan diri makan bebenda pelik.

Ahsannya kita jauhi benda syubhah untuk menjaga hati kita. Apa-apa pon pikir sendiri.

Ketujuh: Makan banyak itu menyusahkan hati dan mempenatkan badan.

Bila dah makan banyak, maka banyak lah tempat yang kena dilawati untuk mendapatkan makanan. Kalau x dapat tu otak asyik terpikir-pikir saja. Nak tidoq pun x buleh, nak makan nasik pon x buleh, nak naik basikal pon x boleh. Bahaya tu! Bila dah dapat makan, badan jadi berat. Orang standard 50kg saja, dia pulak dah nak pecah penimbang tu kalau timbang. Zalim pada diri sendiri. Nak jalan pi kuliah pun tak larat. Nak pi masjid sembahyang jumaat telah lah.

Kelapan: Makan banyak itu sebab bagi bersangatan sakit mati.

Disini maksudnya kalau kita makan banyak, maka senang la dapat penyakit. Kencing manis la, obesity la, kencing masin la, gout la apa la. Bila dah sakit tu, kubuq asyik hantaq kat jemputan ja, rumah pulak dah menyampah tengok muka kita. Penyakit pulak silih berganti bersarang dalam perut. Ayaq gas toksah cakap la, nak dekat berapa kontena dah pernah lalu dalam ginjal tu. Ginjal pun dah mangli dah, dah tak larat nak tapis. Tak masuk pulak kalau yang selalu makan rokok. Jantung tu kalau dia boleh menjerit cuma tunggu nak tukaq syif saja, sebab dah penat dah. Jika seseorang itu sedap sangat dengan dunia, maka mati pun sakitlah dia, tetapi jika seseorang tu tak sedap sangat dengan dunia, nak mati nanti tak lah sakit sangat. Kot-kot tuhan bagi mati dalam sujud ka, dalam tidoq ka. Xdak la mati wayar dok cucuk sana sini, astagfirullahalazim…nauzubillahimindzalik…

Kesembilan: Makan banyak tu mengurangkan pahala akhirat.

Sebab apa? Sebab pahala berkurang ni adalah rentetan daripada perkara-perkara tadi. Bila dah ibadah kurang, pahala nak dapat kok mana?

Kesepuluh: Banyak makan ni padanya hisab pada hari kiamat.

Mintak maaf, yang ni aku x dapat nak hurai. Mungkin ada sapa-sapa yang nak hurai, dipersilakan. Terima kasih.


Dalam hadis lain ada menyebut, sabda Rasulullah s.a.w.

Ertinya: "Orang yang sempurna iman memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir makan ia pada tujuh perut, memadai akan anak cucu adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya. Jika ada ia menuntut tambah dan tidak dapat maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga baki minuman dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas.

Kesimpulannya, makan biar berpada-pada sahaja. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu, sedap dimulut saja, tapi sakit diperut sapa nak tanggung? Diri sendiri jugak kan?

Wassalam